Wednesday, April 24, 2013

Bantal Ottoman

Hari ni take off a day since semalam dah kena kerja until 3 AM. Harus gunakan masa ini sebaik-baiknya utk urus hal yg belum selesai

Alhamdulillah, bantal ottoman yg dicari dah jumpak. Susah betul nak cari perkhidmatan sewa bantal ni area Kedah. Gigih punya cari, finally jumpak jugak. Yipeee!!!! ;-) For those from Kedah/Perak/Shah Alam/Cheras yg tercari-cari bantal ni boleh la dapatkan daripada Azmah Ahmad Wedding Decor & Events



Bantal Nikah

Pening la hai nak mencari bantal nikah ni. Susah betul nak cari bantal ottoman yg nak disewa sekitar Kedah / Penang.



Terberkenan terus dgn bantal ni selepas tengok gambar majlis akad nikah Cik Fa







Thursday, April 18, 2013

Wedding Invitation Card


Invitation cards are ready to be distributed!

Talking about invitation card, there are a lot of story behind it. Story yg agak mengecewakan. These cards were printed out at ASA Mesra Printer. Actually bukan kad saja, it also included goodies bag dan surah yassin. 

Design of the card is coming from my fiancee sendiri. Banyak kali jugak kami ubah design kad ni. Because design asal kad looks too common and messy for me whereas we were looking for something simple. Dari main color card warna pink terus 360 degrees berubah kpd warna purple.

Back to the previous topic when I said I was very disappointed with this card. Overall service yg diberikan oleh printing shop memang lah sangat2 mengecewakan. Dari proses mendesign kad sehinggalah ke final product. Rate given is 2/10 *pfttt*. Dan yang paling dikesalkan sekali ialah warna kad tak seperti apa yg diminta. Lari banyak.

Tapi disebabkan tak larat dah nak dengar nagging dari ibu dan jugak perassan dah malas nak fikir pasal kad ni, we've decided just to accept as what it is. Bersungguh-sunggahlah menyedapkan perasaan masing-masing dgn cakap "It's just an invitation card" :(

Monday, March 18, 2013

Bridesmaid

Another problem is now solved! Thanks Aina atas persetujuan utk menjadi pengapit kak long semasa kenduri nanti. :)

Punya la mencari-cari aku. Habis semua orang aku tanya. Semuanya tak dapat nak bagi komitmen. Dah pernah pujuk Aina dah sebelum ni. Tapi dia still 50/50. Semalam aku mintak sekali lagi. Finally, she gave her final decision to become my bridesmaid. Harus treat her something ni..hehehe

Goodies in progress

Goodies are in progress!! Alhamdulillah, akhirnya jumpak jugak plastik yg dicari. Punya lah merata2 tempat aku cari. Tapi semuanya yg bercorak. Finally jumpak di kedai supplier plastik kat Pekan Cina, Alor Setar. Dijual secara pukal dgn harga RM8.80/sekilo. Kalau nak dibandingkan dengan yg jual kat kedai memang beza RM4-5 jugak la.

Bahan goodies

Ni la bahan-bahan yg diguna utk buat goodies tu...Harus berusaha keras utk tebuk lubang plastik & ikat riben. Gambate Atikah!

Bahan goodies


Borang Nikah Kedah


Alhamdulillah...Borang nikah sudah di isi. Cuma tinggal nak dapatkan tok kadi ja. Borang nikah ni aku & Mr Tunang pi ambik dekat Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, berdekatan dgn Balai Seni Negeri Kedah. Orang perempuan perlu mengisi dua jenis borang. Satu borang putih (dgn tulisan jawi) & Borang Kebenaran Nikah (warna kuning ni. Yang ni utk pihak perempuan sahaja).

Selesai isi kedua-dua borang ni, kedua-dua pihak haruslah mendapatkan pengesahan dari tok imam dari kawasan qariah masing2. Sebelum nak dapatkan pengesahan ni macam2 versi cerita aku dapat. 


Saturday, March 9, 2013

Freelance Photographer

Minggu lepas bertungkus lumus aku mengadap laptop. Balik ja kerja, terus gigih 'berdating' dgn En Google mencari freelance photographer di bahagian utara ni. Banyak photographer yg aku merisik. Antaranya:


Semuanya cantik-cantik. Ikutkan hati nak ja ambik semua. Tapi memandangkan bajet terhad, terpaksalah pilih mana yg still under bajet but cantik. So, setakat ni aku dah decide to have Hatif Anuar Photo & Design as our freelance photographer. Lets see the results this June :)

Thursday, March 7, 2013

Motivasi buat bakal isteri

Ketika masih bujang dulu, hati merasa optimis dan terbuai-buai dengan hadis Rasulullah SAW ‘seorang isteri boleh masuk ke mana-mana pintu syurga yang disukai’ jika taat kepada suami, di samping melakukan solat, puasa Ramadhan, serta menjaga kehormatan diri. Rasa macam, ‘Wah…senangnya orang perempuan nak masuk syurga’...

Apabila sudah bernikah, barulah tahu bahawa ketaatan kepada suami adalah satu
perkara yang sangat besar dan sangat sukar sebenarnya :O

Yelah, masakan syurga yang maha sempurna itu murah saja ‘bayaran masuknya’!

Bulan-bulan pertama pernikahan, terasa satu perjuangan yang hebat untuk menyelaraskan diri dengan nilai ketaatan kepada suami. Apatah lagi kita wanita alaf baru yang kononnya berdikari dan berpendidikan tinggi, untuk mendengar dan menuruti segala kemahuan dan keperluan suami itu sesungguhnya memerlukan ilmu dan mujahadah yang tinggi :D

Seorang teman yang bujang berkata, " Kalau kita bernikah dengan seorang lelaki yang kita cintai, mestilah kita mampu untuk mentaatinya kan..."

Ohh tidak....!! Bagi saya tidak. Kita mampu mentaati suami bukan kerana kita cinta dirinya, tetapi kita mampu dan HANYA mampu bila kita memilih untuk mengutamakian keimanan dan ketaatan kepada ALLAH. Selepas dua minggu, selepas dua bulan, perasaan cinta kepada lelaki itu tak semestinya masih segar bugar sepertimana ketika awal-awal - jadi cinta manusia amat lemah untuk jadi motivasi kita berbuat baik. Namun bila kita memfokus mencari cinta tuhan, tika itulah cinta manusia mampu menjadi kekuatan.

Taat bukan bermaksud taat membuta tuli atau taat dalam hati yang memberontak. Ketaatan yang baik adalah ketaatan yang disertai rasa hormat dan cinta. Kuncinya adalah komunikasi.

Apa-apa perkara yang diminta atau disukai suami, lakukanlah dengan berbesar hati. Jika sukar untuk melaksanakan, suarakanlah cabaran itu pada suami. Agar suami mampu membuat keputusan dan tindakan yang adil sebagai suami dan pemimpin rumahtangga.

Yang lebih penting, mohonlah pada ALLAH agar diberi kekuatan untuk mentaatiNYA. Tekadkanlah dalam hati, bahawa kita adalah muslimah yang ingin mencintai dan dicintai Rasulullah SAW, maka berusaha untuk mengikut petunjuk baginda dalam segenap kehidupan berumahtangga.

Apabila kita benar mengusahakan mentaati ALLAH, maka usaha mentaati suami menjadi lebih mudah. Kerana sesungguhnya, ketaatan kita pada suami adalah kerana kita mahu mencari redha ALLAH ♥ dan tidaklah ALLAH jadikan suami itu perlu ditaati melainkan terkandung banyak kebaikan di dalamnya :D 

Saya tidak mampu memberi contoh spesifik ketaatan yang diminta suami, namun berdasarkan perkongsian beberapa isteri – ketaatan itu kadangkala bukanlah berkaitan hukum agama. Walau selalunya ia berkaitan dengan aspek agama :O Ia mungkin berkaitan hal-hal duniawi yang manusiawi. Suami tidak suka sesuatu dari peribadi isteri. Atau cara isteri berinteraksi dengan sesuatu.

Maka, ayuh taat dan berubah dan kerana ALLAH:D 

Suami sedang ingin membina karakter isteri yang dicintainya. MasyaALLAH, pada para isteri yang telah melalui jalan mujahadah sebuah ketaatan kepada manusia yang bernama suami – merekalah insan yang telah mengecapi kemanisan berumahtangga dan cinta yang luhur.

Dengan sebab ketaatan, hati tulus seorang isteri akan mampu merasa dan mensyukuri kasih sayang mendalam dari suami dan kebaikan suami yang tak berbelah bagi kepada isteri sebagai kurniaan besar dari ALLAH – hasil ketaatannya kepada ALLAH – dengan mentaati suami.

Setelah kini usia tiga tahun perkahwinan, ya hati makin optimis. Saya telah melihat indahnya aturan ALLAH dalam urusan ketaatan ini. Manisnya mentaati suami :) sekalipun mencabar segenap potensi diri :P 

Inilah hadis motivasi buat isteri:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan MENTAATI SUAMI, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Moga ALLAH membantu suami dan isteri untuk saling memimpin dan dipimpin, saling cinta dan saling menghormati :)

Sunday, February 17, 2013

Goodies

Finalized! Dah decide nak buat macam goodies kenduri Azrul. Malas dah nak fikir teruk2. Tapi sekarang ni masalah pulak. Mana la nak cari plastik macam ni. 


Tadi masa on the way balik to Penang singgah kejap kat A Tu Z. Yang ada semuanya jenis plastik macam ni. Tak berapa berkenan sangat



Adoiyai...seksa la nak mencari plastik pun. Bag isi gula-gula utk kanak-kanak dah beli. Selesai 1/4. Tak hit the goal jgk aku kali ni utk nak settle kan goodies2 ni




Saturday, February 16, 2013

Catering

Selesai bab catering. Terima kasih kpd ibu & abah sebab susah payah survey catering yg sedap dan berpatutan. Pakej yg diambil memang berpatutan, RM 8/person. Komen pasal rasa makanan catering Pak Berahim, aku pun tak tau sebab aku sendiri pun tak pernah cuba lagi. Tunggu hari kenduri nanti la baru dapat merasa. Tapi from feedback yg aku terima dari abah, ibu dan jiran-jiran Taman Mutiara ni, makanan yg dimasak boleh tahan sedap.

Tapi apa pun yang penting wedding wish lists aku tercapai which is untuk include teh tarik, laksa & ais cream dlm menu makanan :-) To those bride-to-be from Kedah yg tercari-cari catering utk kenduri boleh la try Pak Berahim ni 04-7718189 / 017-4078852 / 019-4647968 / 019-4204709 /019-4647945. Nah! ambik kau...banyak gila no catering ni.


Friday, February 1, 2013

Peep Toes

Looking for my wedding shoes. Sepatutnya hari tu sekali pakej ja dgn baju kahwin. Tapi makcik ckp kasut yg ada kat butik tu tak cantik sgt and suruh aku cari yg elok sikit. So, tambah la satu lagi benda dalam action items.

Rata-rata yg aku tgk macam-macam jenis fesyen kasut yg pengantin pakai. Kebanyakan yg dok ada kat butik pengantin, jenis mules shoes. Aku tak berkenan sgt kasut jenis macam tu. Yang aku tau makcik2 yg suka kasut pattern macam tu.

Hati dok berkenan kasut jenis peep toes. Nampak comel & sweet gitu! Hehehe.. Sesuai utk pengantin pakai. Nak cari yg warna silver lah. Sesuai dgn tema aku nanti ;-)



Thursday, January 31, 2013

Endless love


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia teman hidupku, akan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Saturday, January 26, 2013

Gelabah

The date is now finalized. We're going to get married on 15 June 2013! Today it sounds like ibu & abah sudah gelabah pasal perkahwinan aku. Ibu dah susah hati pasal persiapan while abah pulak dah susah hati pasal financial. Gosh! I can feel the pressure now. 

Semalam, before tidur abah dah recap dgn aku tentative event. Pagi ni recap sekali lagi. Dah pi ofis pun boleh call aku lagi utk remind what need to do. *Sigh*

Lagi 4 bulan 18 hari @.@


Saturday, January 19, 2013

Engagement Day

Alhamdulillah..Selesai sudah satu perkara iaitu pertunangan. Kini aku officialy bergelar tunang kpd Mohamad Farhan Hafiz bin Mohd Noor. :-) Alhamdulillah, majlis hari tu semua berjalan lancar. Flashing back on what happen on that day.


5:00PM 18 Jan 2013
Aku balik Alor Setar sehari sebelum majlis sebab risau akan menyusahkan ibu & abah untuk kemas rumah. Sebaik ja sampai rumah terus aku mulakan operasi clear kan everything. Siap ja tukar langsir, mop lantai, pasang carpet, angkat perabot semua, aku dah mula sakit badan yg teramat. Ok. I got the sign to stop & rest. Done for that day. Call bakal En Tunang kejap before tidur, mengadu level of nervous yg semakin increase. 


6:30AM 19 Jan 2013
Esoknya, seawal subuh pagi lagi aku terjaga. Sebaik jaga ja aku dah tak boleh tidur lagi. Kepala dah susah hati memikirkan event hari tu. Tak boleh nak tidur lagi. Terlalu nervous + excited. Terus ja aku bangun tidur & gosok baju yg nak dipakai utk hari tu. Terdengar abah, ibu & ariff sibuk di bawah bertekak pasal susun atur perabot.Aku terus mandi & breakfast.

8:00AM 
Hati still rasa tak tenang. Orang keliling aku dah sibuk kemas sana - sini. Tapi aku masih lagi blurrr. Keluar kejap tgk preparation kat luar rumah. Tanya ibu nak buat apa sebab terlalu serba salah melihat semua org yg bertungkus lumus buat persiapan. Ibu suruh basuh pinggan mangkuk yg nak guna utk kenduri nanti. Aku ambik pinggan mangkuk semua, buat port kat belakang rumah sorang2 sambil layan perasaan + basuh pinggan mangkuk.

9:30AM
Selesai basuh pinggan, masuk rumah nak breakfast. Tapi hati terlalu kusut & risau utk makan. Tengok kejap bekas2 hantaran. Terus ambik bekas hantaran lap & buang habuk2 pada bunga (memandangkan pinjam bekas hantaran Kak Shiela). Hilang la sat blurr aku tu. Habis ja buat semua tu, blurr balik. Susah hati fikir apa yg akan jadi hari tu. Naik atas masuk bilik golek2 kejap atas katil utk hilangkan sakit badan ni.

11:00 AM
Okay! Ni baru perut terasa betul2 lapar. Mak Lang pun dah bising tak makan2 lagi. Habis ja makan, terus pulak tolong kat dapur, goreng karipap dan sebagainya utk divert fikiran ni dari melayan sangat perasaan tu. Makcik2 kat dapur semuanya dah bising tak bagi aku buat kerja. Katanya pengantin kena duduk diam2 dan rehat, biar semua org buatkan. Heran kejap. Aku memang dah tak da apa nak buat. Cuma tinggal nak siap ja. Tak reti pulak aku nak duduk rehat2 tengok orang lain susah payah buat kerja utk kita.

1:00 PM
Selesai kerja kat dapur, aku dah tak tau nak buat apa. Hati makin nervous bila tengok jam. Tinggal lagi 1 jam 30 min ja sebelum rombongan lelaki tiba. Terus naik atas utk bersiap-siap

2:45 PM
Selesai...siap sudah! Terasa lapar la pulak. Tengok jam still ada masa sebelum rombongan sampai. Ajak Wani utk makan. 




Tengah sedap2 makan saja la call bakal En Tunang tanya rombongan lelaki dah bertolak atau belum. Elok ja bakal En. Tunang cakap 'Sudah', terus mati selera makan. Tak boleh makan lagi. Waktu tu perasaan cuak di paras yg tinggi.

3.30 PM
Masa ni tahap cuak dah di paras maksimum bila dapat tau rombongan lelaki sudah sampai. Ke hulu ke hilir aku. Tak cukup dgn tu, siap lompat-lompat lagi nak menghilangkan kecuakan tu. Tak sempat beberapa minit, kak Balkish dah panggil turun bawah get ready utk sarun cincin sementara nak tunggu perbincangan selesai


4.00 PM
Mami Rosni sudah panggil pergi ke hall depan. Menggelabah aku. Tak tau nak react macam mana. Perlu ka aku buat cool?Control ayu?Buat muka cuak?Atau maintain senyum tersipu2? Argh...memang tak dapat nak fikir lagi masa tu bila tengok ramai sangat orang. 

Elok aku duduk ja terus Mak Teh bangun datang sarung cincin. Mak Teh pun mengelabah jgk rupanya..hhahahahha...cepat2 dia sarung cincin. Elok laaa...dua2 mengelabah sebab banyak mata yg memerhati.



Tengah dok sarung cincin tu, boleh pulak muncul satu talam yg dalamnya ada semangkuk gula. Cis! Aku dah mention sebelum tu lagi. Tak nak ada adat2 suap gula ni, tapi ada jugak. Masa tu memang aku senyum dalam kebingungan. Last2 kena suap gula jugak. 3 org dari pihak lelaki (Mak, Mak Teh & Mak Cik) dan 3 org dari pihak perempuan (Ibu, Mak Lang & Mami). Boleh pulak ibu berseloroh masa tu "Habis la anak saya hari niiii...Kencing manis la dia"..hahahhaha





4.30PM
Alhamdulillah.... :-) Selamat sudah semua. Aku kini dah bergelar tunang kepada Mohamad Farhan Hafiz bin Mohd Noor.



Thursday, January 17, 2013

Ujian

Bulan ni bulan yg agak mencabar bagi aku. Banyak kali aku di uji oleh Allah. Dari kerja sampai la ke urusan nak bertunang. Tinggal satu hari ja lagi sebelum aku bergelar tunangan kpd Mohamad Farhan Hafiz. Makin dekat dgn tarikh, makin banyak pulak air mata yg 'TER'produce. Teringat apa yang maktok cakap kat aku berkali-kali. "Orang perempuan yg nak berkahwin ni jangan fikir sangat benda-benda -ve. Fikirkan yg elok saja. Nanti hilang seri"

:'-) I'm trying maktok. Tapi semua ujian yg datang bertalu-talu ni kadang-kadang buat tikah rasa lemah sangat. Tikah cuba bangun. Tapi setiap kali Tikah bangun, ibarat batu yg datang jatuh menghempap. Tikah terjatuh balik.

My dream E-day was to have everyone of my family members & relatives gather all together happily. Tapi semuanya tu hanya angan-angan cerita dongeng Disney. Hakikatnya, tak ramai yg ada pada majlis tu nanti. Ditambah pulak dengan macam-macam isu dalaman yg timbul. Trying to cajole myself by keep saying, it is not a wedding if without family dramas.

Kadang-kadang terdetik kat hati, kenapa besar sangat ujian yg datang bila kita cuba buat benda yg baik? Tapi bila muhasabah diri balik and cuba berfikiran positif, mesti akan teringat blk kata Dr Muhaya. "Allah uji kita kerana nak uji sejauh mana kita ikhlas utk buat benda baik tu". Sabar la wahai diri. Semua ni ujian Allah utk buatkan hati kau dekat balik denganNya. Mungkin Dia rasa kau makin jauh dariNya...Mesti ada hikmah disebalik semua ni. Crying is normal. But keep to think positive! ;'-)

Sunday, January 6, 2013

Daisy bouquet

Looking forward to make this hand bouquet on my engagement / wedding.;-) I love daisies!




I thought I just need to gather all the daisies together and tie them with ribbons. But, I'm wrong. Luckily I found this DIY video. 



Story behind wedding dress

The story behind wedding dress:
_________________________________________________________________________

An arrangement was done with Mak cik & Mak Su before the day we decided to go and shop for cloth for our wedding dress. We need to call them since both of us have neither experience nor ideas what type of cloth we need to buy, how many metres to buy. All we have in our mind was just the color of the cloth which is dusty pink & green. That's all. But of course that would never be enough to buy a wedding dress

As promised, my Mr Architect bring me back to Alor Setar to shop for the clothes. Mak Cik & Mak Su  were alert about our arrival and they've asked us to wait at a bridal boutique besides Jakel Alor Setar. At that moment, I'm just curious, why they asked us to wait at that boutique. All in my mind was just to buy for clothes. Never thought that we were going to book for a wedding package! As usual I was super duper nervous. Don't know what exactly I'm worried, but yes I'm nervous! Fullstop!

They were not yet there when we arrived. I cajoled Mr Architect to walk into the several shops around   there in order to calm me down. But, it seems useless. I'm still nervous. The moment Mak Cik & Mak Su arrived, my heart beat even more faster. I thought it's going to be Mak Cik & Mak Su only. But it's not! They brought their family and not to forget, Mak Teh & family also came. And to total up, they are all elevens! Gosh!

But, thanks to Makcik, she settled almost everything including the wedding dress, room's deco, pelamin etc. All I did was said "Yes","I don't mind", "OK"..I became speechless and mindless. Over dose of shock maybe. 

Lets wait for the dress to complete! ;)

13 days to go

13 days to go. Fuh! I'm freaking nervous but yet excited. All the preparations almost done except for hantaran and my bawal hijab. But nothing to worry much because all of my hantaran will be only foods! *wink*

Current checklist:

Things                                  Budget          Real cost          

Engagement ring               RM 400.00     RM500.00
Foods & beverages           RM1,000.00    in progress
Veil                                 RM 30.00        RM 60.00
Bawal Hijab                      RM 20.00       in progress
Engagement dress            RM 200.00     RM 190.00        
Bekas hantaran                 no budget        sponsored!